MAPUTO: Lebih 90 orang dilaporkan maut apabila sebuah feri sementara yang penuh sesak karam di luar pantai utara Mozambique, kata pihak berkuasa tempatan semalam.
Asalnya sebuah bot nelayan yang ditukar sebagai pengangkutan penumpang, feri berkenaan yang membawa kira-kira 130 orang berhadapan dengan masalah sebaik berusaha untuk mendarat di sebuah pulau di luar wilayah Nampula, kata pegawai.
“Oleh kerana bot itu sesak dan tidak sesuai untuk membawa penumpang, ia akhirnya karam. Terdapat 91 orang yang kehilangan nyawa mereka,” kata Setiausaha Negara Nampula, Jaime Neto.
Menurut beliau, sebilangan besar daripada mangsa yang karam ialah kanak-kanak.
Pasukan penyelamat telah menemui lima mangsa yang terselamat dan sedang mencari lebih banyak lagi, tetapi keadaan laut yang bergelora menyukarkan operasi.
Kebanyakan penumpang cuba melarikan diri dari tanah besar kerana panik disebabkan oleh maklumat salah mengenai wabak taun, kata Neto.
Wilayah Nampula merupakan antara yang paling teruk terjejas akibat wabak taun yang merebak ke beberapa negara di selatan Afrika sejak Januari tahun lalu.
Negara Afrika selatan itu, salah sebuah negara termiskin di dunia, telah merekodkan hampir 15,000 kes penyakit bawaan air dan 32 kematian sejak Oktober, menurut data kerajaan.
Nampula adalah wilayah yang paling teruk terjejas, menyumbang satu pertiga daripada semua kes.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, wilayah itu juga menerima kemasukan ramai orang yang melarikan diri daripada gelombang serangan jihad di jirannya di utara Cabo Delgado.
Menurut Neto, pasukan penyiasat sedang berusaha untuk mengetahui punca bencana bot berkenaan.
Sementara itu, dua daripada lima mangsa yang terselamat sedang menerima rawatan di hospital, kata pegawai itu.
Feri berkenaan dalam perjalanan menuju Pulau Mozambique iaitu sebuah pulau kecil karang yang pernah menjadi ibu kota Portugis Afrika Timur.
Mozambique, yang mempunyai pantai Lautan Hindi yang panjang dan bersempadan dengan Afrika Selatan, Eswatini, Zimbabwe, Zambia, Malawi dan Tanzania, adalah jajahan Portugis sehingga kemerdekaan pada tahun 1975.
Negara yang didiami oleh lebih 30 juta orang itu kerap dilanda taufan.
Pada Mac lalu, sekurang-kurangnya seorang maut apabila sebuah kapal nelayan haram karam berhampiran pantai selatan.
Dengan hampir dua pertiga daripada penduduk yang hidup dalam kemiskinan, negara itu telah meletakkan harapan yang tinggi pada deposit gas asli yang besar yang ditemui di Cabo Delgado pada 2010.
Bagaimanapun, pemberontakan yang berlaku sejak 2017 telah menghalang kemajuan selain menyebabkan lebih 5,000 orang terbunuh dan hampir sejuta terpaksa meninggalkan rumah mereka sejak pertempuran bermula. - Agensi
Agensi
Sun Apr 07 2024
Lebih 90 orang dilaporkan maut apabila sebuah feri sementara yang penuh sesak karam di luar pantai utara Mozambique, kata pihak berkuasa tempatan semalam. - Gambar hiasan
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Siti Nurul Masyitah terlepas peluang ke kejohanan dunia
Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli memaklumkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah yang dilanggar pemandu mabuk, terlepas peluang ke Kejohanan Dunia Perahu Naga di Filipina November depan.
Pantau Belanjawan: Akta - Kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah dilindungi?
Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Apakah realiti sektor hartanah di Malaysia dan bagaimana pelaksanaan Akta ini dapat melindungi kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah? Kupasan lanjut bersama Pengasas Pejuang Hartanah, Ahyat Ishak.
Representasi 'Inspektor Sheila" batal pertuduhan sebabkan kegusaran awam ditolak
Representasi dikemukakan 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam ditolak pihak pendakwaan.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.
AWANI Ringkas: Pesawat Garuda mendarat cemas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China mempunyai kapal perang direka khusus angkut dron
Rekod negara pertama yang mempunyai kapal yang direka khusus untuk dron dipegang oleh China.
Pesawat Garuda lakukan pendaratan kecemasan selepas enjin terbakar
Sebuah pesawat jet membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas semalam akibat kebakaran enjin, kata syarikat penerbangan Garuda, Indonesia.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong
Pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Lawrence Wong atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri keempat Singapura.
Wong yang secara rasmi memegang jawatan itu setelah mengangkat sumpah di Istana, Singapura pada Rabu malam telah menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wong yang secara rasmi memegang jawatan itu setelah mengangkat sumpah di Istana, Singapura pada Rabu malam telah menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Polis sahkan tumpahan minyak punca kereta terbabas
Polis mengesahkan terdapat kesan tumpahan minyak diesel di lorong kanan di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah dari arah Bukit Tinggi ke menghala ke bulatan Simpang Lima di Klang yang menyebabkan beberapa buah kereta terbabas, pada Rabu.
Lebih 90 maut tragedi bot karam di Mozambique
Bot nelayan yang bertukar sebagai feri penumpang itu mengangkut 130 penumpang iaitu jumlah yang melebihi kapasiti.
Bot nelayan karam, lima mangsa selamat
Kesemua mangsa berusia 34 hingga 39 tahun itu dibawa balik ke Jeti Batang Pinang, Kuala Kedah setelah pemeriksaan lanjut dilaksanakan.
Bot karam: Empat hilang, seorang terselamat di Kapit
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang Khamis ketika bot yang dinaiki lima lelaki itu dalam perjalanan dari Melekun ke Nanga Tulie.
23 migran maut bot dinaiki karam di Senegal
Seramai 23 migran maut selepas bot dinaiki mereka menuju ke Eropah karam di luar pantai Saint-Louis di utara Senegal.
Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali
Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean.
Bot karam dipukul ribut, mayat pemancing ditemui
Mangsa ditemui pada jam 8.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit K9 JBPM.
Bot bawa 28 tetamu majlis perkahwinan dipercayai hilang
Pasukan penyelamat Indonesia sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Dua sepupu lemas, bot karam di Sungai Perak
Dua sepupu ditemui lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai karam akibat arus deras di muara Sungai Perak.
Nelayan dikhuatiri lemas akibat bot karam di Bagan Datuk, ditemukan maut
Nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi, ditemukan maut.
Bot karam di Bagan Datuk, nelayan dikhuatiri lemas
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi.